Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Pada Awal Muharam

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Pada Awal Muharam. Awal Muharam adalah tahun baru islam dalam kalendar islam @ kalendar tahun hijrah. Awal Muharam patut disambut sederhana oleh umat islam dengan membanyakkan amalan yang bersesuaian seperti berdoa, berpuasa, mendengar ceramah agama dan banyak lagi. Semoga kita menjadi umat islam yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaa Allah.

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Pada Awal Muharam

Kami mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH' kepada semua pembaca blog yang beragama Islam. Apabila tiba Awal Muharam, pelbagai program yang diatur sesuai untuk semua golongan. Namun bagaimana sambutan itu dibuat, dan cara-cara yang afdal menyambut kedatangan MAAL HIJRAH sering dibahaskan oleh banyak pihak.

Yang paling selalu dilakukan adalah membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah. Panduan doa ada di sertakan di bawah ini.

1. Doa Akhir Tahun 

Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib, (iaitu akhir waktu asar). Dibaca sebanyak 3 kali.

Cara amalan:

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Pada Awal Muharam

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Pada Awal Muharam

2. Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun Hijrah dibaca selepas menyempurnakan solat fardhu maghrib awal tahun hijrah. Doa ini dibaca sebanyak 3 kali.

Cara amalan:

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Pada Awal Muharam

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Pada Awal Muharam

Faedah dan Kebaikan Membaca Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah Awal Muharam

1. Fadhilat membaca doa akhir tahun hijrah - "Barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut, maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan asbab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.."

2. Fadhilat membaca doa awal tahun hijrah - "... Barangsiapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal unurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah SWT telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

Semoga panduan doa akhir tahun dan doa awal tahun di awal bulan Muharam ini dapat dijadikan panduan dan ikutan bersama-sama. 

Post a Comment

0 Comments

close