Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Contoh Amal Jariah Yang Terus Mengalir Selepas Kita Meninggal Dunia

Contoh Amal Jariah Yang Terus Mengalir Pahalanya Walau Selepas Meninggal Dunia. Ada 3 perkara yang akan terus mengalir pahalanya kepada anak Adam walau ia telah meninggal dunia, iaitu

1. Amal jariahnya ketika hidup

2. Ilmu yang bermanfaat

3. Anak yang soleh solehah

Daripada tiga (3) petkara yang disebutkan, mari kita lihat dari sudut amal jariah. 

Apakah itu amal jariah?

Amal jariah dalam bahasa arab bererti amal yang mengalir. Definisinya adalah perbuatan baik yang mendatangkan pahala bagi yang melakukannya, meskipun ia telah berada di akhirat. Pahala dari amal perbuatan tersebut terus mengalir kepadanya selama orang yang hidup mengikuti atau memanfaatkan hasil amal perbuatannya ketika di dunia.

Contoh Amal Jariah Yang Terus Mengalir Selepas Kita Meninggal Dunia

Di sinilah kelebihan amal jariah dibanding amal-amal lain yang hanya diberi balasan sekali dalam satu perbuatan.

Kata ‘amal’ dapat diterapkan pada semua perbuatan lahiriah, seperti melaksanakan solat, membayar zakat, menunaikan ibadah haji, dan kegiatan-kegiatan sosial.

Amal jariah juga dapat diterapkan pada perbuatan batiniah, seperti niat, beriman kepada Allah SWT, bersabar menahan penderitaan, tabah menghadapi ujian, dan sebagainya.

Berdiam diri tidak melaksanakan perbuatan yang dilarang Allah SWT juga dapat disebut amal. Kata ” jariah” diibaratkan dengan air yang secara terus-menerus mengalir dari sumbernya tanpa habis-habisnya.

Contoh Amal Jariah Yang Terus Mengalir Selepas Kita Meninggal Dunia


1. Masjid yang dibina, 
2. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. 
3. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai.
4. Harta yang disedekahkannya
5. Tanah yang diwakafkan untuk tujuan agama
6. Melebarkan jalan laluan orang ramai
7. Mendirikan sekolah
8. Mendirikan hospital untuk merawat orang yang kurang kemampuan
9. Mewakafkan al Quran ke maahad tahfiz atau masjid dan surau berdekatan tempat tinggal
10. Menanam pohon yang menghasilkan buah sepanjang tahun atau sebagai tempat berteduh
11. Wakaf van jenazah
12. Memasang dan menyumbangkan kipas angin untuk jemaah surau
13. Membina kolah atau aliran air paip untuk mereka yang memerlukan

Barangsiapa yang membuat sebuah telaga / kolam lalu airnya diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

Dan banyak lagi...

Apa saja amal yang memberi kebaikan dan manfaat kepada seluruh umat, sepanjang bumi masih berputar.. amalan jariah tersebut akan terus mengalir pahalanya walau hamba Allah itu telah meninggal dunia.

Post a Comment

0 Comments

close