Usah turutkan emosi yang sedih. Kerana bukan kamu seorang yang bersedih. Ada ramai orang yang bersedih oleh kerana beberapa sebab.. kerana gagal, kerana kehilangan, kerana masalah dan lainnya. Usah berlarutan dalam kesedihan terlalu lama.
Kenapa kita tidak dibenarkan terlalu beremosi dan bersedih? Lagi-lagi bila ia memakan masa yang agak lama.
Kerana.. jika kita turutkan emosi yang sedih, syaitan akan suka. Dia akan menumpang dalam emosi itu.
Perbanyaklah istighfar dan berselawat. Langit hati akan cerah dan lapang. Barulah semuanya akan nampak terang.
Nikmatilah qiam, rukuk dan sujudmu. Lembut dan perlahankan gerak. Usah tergopoh gapah. Lafazkan bacaannya dengan tenang. Rasakan itulah umpama solatmu yang terakhir.
Relakan dan serahkan segala masalah kepadaNya. Sesungguhnya Allah yang disembah itu adalah Tuhan yang sangat akrab.
Nah! Itulah hasilnya jika kamu bertenang dan hapus emosi jelek itu. Berlapang dada, berluas fikiran.
Beraangka baik kepada TuhanMu.
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
0 Comments