Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Ucapan Hari Guru 2023, Terima Kasih Cikgu!

Ucapan Hari Guru 2023. Setiap peristiwa meninggalkan pelbagai kenangan kepada sesiapa sahaja mengikut masa dan ketika yang bersesuaian. Contohnya hari guru yang khas disambut untuk menghargai para guru walau di mana mereka berada atau mengajar.

Guru pertama seorang manusia adalah ibunya dan ayahnya. Apabila mereka membesar dan mula melangkah ke alam persekolahan, kepercayaan pembelajaran mereka beralih arah kepada cikgu atau guru pula.

Ucapan Hari Guru 2023, Terima Kasih Cikgu!

Jadi sempena Hari Guru yang biasa disambut pada 16 Mei setiap tahun di negara ini, kami kongsikan beberapa contoh ucapan hari guru sebagai panduan.

Contoh Ucapan Hari Guru 2023 


1. Guru adalah pahlawan tanpa tanda. Terima kasih guruku, selamat hari guru dari kami semua.

2. Renungkan..
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam yang menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa..
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.
"Selamat Hari Guru."

3. Cikgu sentiasa menjadi mentor cemerlang yang tahu bagaimana untuk memotivasikan pelajarnya. Terima kasih Cikgu, Selamat Hari Guru!

4. Terima kasih kerana menjadi guru yang hebat dan sentiasa mempercayai anak muridnya. Selamat Hari Guru.

5. Ibu bapa memberikan kita kehidupan dan seorang guru mengajarkan kita bagaimana untuk menjalaninya. Terima kasih kerana menjadi cahaya panduan dalam hidup kami. Selamat Hari Guru.

6. Guru yang ikhlas seperti anda menjadi sebab pelajar biasa seperti kami bermimpi untuk melakukan perkara yang luar biasa. Happy teachers day Cikgu!

7. Dear teacher, Thanks for being so outstanding, understanding and caring. Wishing you a Happy Teachers' Day!

Ucapan Hari Guru 2023, Terima Kasih Cikgu!

8. Teachers have three loves: love of learning, love of learners, and the love of bringing the first two loves together." – Scott Hayden

9Seorang guru yang baik adalah mereka yang boleh memberi inspirasi kepada harapan, mencetuskan imaginasi, dan menyemai minat belajar.” – Brad Henry

10. Guru yang dihormati, Terima kasih kerana sangat berjasa, memahami dan mengambil berat kepada kami. Selamat Hari Guru!

11. Selamat Hari Guru. 
Semoga dikau ikhlas selalu
Memberikan ilmu tanpa jemu
Semoga Allah membalas jasamu
Membimbing kami menjadi berilmu

12. Cikgu! Engkaulah pelita hati, bak lilin yang menerangi kegelapan. Tanpa cikgu, suramlah masa depan kami. Terima kasih cikgu atas segala jasa dan pengorbanan.

Semoga segala ucapan ikhlas kepada guru atau cikgu yang dikongsikan menjadi kata-kata semangat dan motivasi berpanjangan kepada cikgu serta anak muridnya. 

Tanpa guru tiadalah kami yang pandai menulis kata-kata inspirasi indah tersebut!

Selamat Hari Guru!

Post a Comment

0 Comments

close