Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Februari - Bulan Januari akan sampai ke penghujungnya. Januari menghilang dengan seribu memori dan datangnya Februari kita sambut dengan rasa cinta. Februari ni bulan cinta ke? Itu terpulanglah kepada penerimaan masing-masing. Bagi saya Februari bulan yang agak janggal kerana di kalangan ahli keluarga dan rakan sepejabat tiada yang dilahirkan dalam bulan Februari. Susah sikit nak mengenali karekter mereka...
Semoga bulan Februari yang datang memberikan kita kebahagiaan dan kejayaan berpanjangan. Semoga orang-orang yang kita sayangi selalu dalam peliharaan Allah. Bagi yang menyambut hari lahir dalam bulan Februari, saya ucapkan, Selamat Hari Lahir. Semoga kita semua mendapat umur yang berkat.
Apakah Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Februari?
Selamat hari lahir Februari. Buat kawan-kawan yang mungkin dikenali, atau rakan-rakan yang sedang berbahgia. Entri ini adalah rentetan tulisan berkaitan rahsia tarikh hari lahir bulan Februari yang pernah saya tulis sebelum ini. Tetapi kali ini saya cuba mengupas rahsia personaliti sebenar di sebalik bulan kelahiran dalam bulan Februari.
Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Februari |
- Berfikiran abstrak
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- bijak dan genius
- berpersonaliti yang mudah berubah
- mudah menawan orang lain
- agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- jujur dan setia pada segalanya
- keras hati untuk mencapai matlamat
- tidak suka dikongkong
- mudah memberontak jika dikongkong
- suka kegiatan lasak
- emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- mudah mempamerkan marahnya
- tidak suka kepada benda remeh temeh
- suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- sangat berani dan suka memberontak
- bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
- pemerhatian yang tajam
- suka hiburan dan sukan
- suka benda yang bersifat seni
- sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
- berkecenderungan kepada benda yang tahyul
- amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- belajar untuk mempamerkan emosi
Daripada kajian yang di buat oleh pakar motivasi Dr Fadzillah Kamsah di atas, boleh kita rumuskan secara ringkas bahawa mereka yang lahir dalam bulan Februari ini memiliki otak yang cerdas dan bijak. Sebabnya mereka mempunyai cita-cita yang tinggi dan berharap untuk merealisasikan impian dan harapan mereka. Itu personaliti yang bagus. Berkawan dengan orang yang lahir dalam bulan Februari mungkin menjadikan kita orang yang maju ke hadapan dan memiliki wawasan hidup.
Namun sesekali orang yang lahir pada bulan Februari kelihatan suka memberontak kerana tidak suka dikongkong. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Tetapi merajuknya sekejap sahaja dan mudah melupakan kelukaan hatinya. Mungkin sebab itulah ia dipanggil personaliti yang mudah berubah-ubah. Sekejap marah tetapi sekejap sahaja sudah reda., (hmm...macam seseorang yang jauh...)
Akhir sekali yang tak sedapnya mengikut kajian di atas, orang yang lahir dalam bulan Februari cenderung kepada benda yang tahyul? Benarkah? Naa'uzubillah...benda dan kepercayaan karut ni salah satu yang melemahkan iman orang Islam. Jika ada sikap sebegini dalam diri anda, buangkanlah. Hapuskanlah. Percaya kepada Allah semata-mata adalah tiang iman yang utama. Jika tidak pincanglah rasa iman dalam diri seseorang Muslim.
Semoga kupasan di atas dibaca sebagai tambahan info dan tidak semestinya benar. Jika ada persamaan yang baik dengan diri anda, anggaplah ia sebagai penyuntik motivasi untuk jadi lebih baik.
#sebarkan bahagia.
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
0 Comments