Nasihat Imam Syafi'i Sebagai Inspirasi Kehidupan. Nasihat emas dari Imam Syafi'i. Banyak pelajaran dan pengajaran hidup yang dikongsikan oleh beliau. Kata-kata hikmahnya penuh bermakna dan boleh dijadikan panduan hidup oleh kita semua.
Info Dan Latar Belakang Imam Syafi'i
Nama sebenar imam Syafie Rahimahullah ialah Muhammad bin Idris bin al- Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abd Manaf. Beliau dilahirkan di wilyah Gaza, Palestin, pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur menjadi Khalifah Di Baghdad, khalifah Bani Abbasiyah yang kedua. Mengenai tahun kelahirannya, para ahli sejarah sepakat bahwa beliau lahir pada tahun 150 Hijrah bersamaan767 Masihi. Beliau berketurunan arab Quraisy. Di tahun ini juga wafatnya seorang ulama besar yang bernama Imam Abu Hanifah R. Imam Syafie berketurunan arab Quraisy. Ibu bapa beliau berasal dari Makkah Almukarramah. Kebanyakan tokoh sejarah menyatakan beliau mempunyai nasab keturunan dari nabi Muhammad S.A.W. melalui moyang baginda S.A.W iaitu Abd. Manaf.
Menurut riwayat, bapa beliau telah pun meninggal dunia ketika beliau masih kecil iaitu ketika berumur 2 tahun. Terdapat juga riwayat lain yang menyatakan ketika beliau masih di dlam kandungan ibunya. Beliau telah dilahirkan di rumah kerabatnya di negeri Gaza, Palestin. Menurut sebahagian riwayat, ibu beliau membawa beliau kembali ke Mekah ketika berumur 10 tahun. Imam Syafie wafat di Mesir ketika berumur 54 tahun pada tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi.
Imam Syafi'i menghidapi penyakit buasir yang tidak dapat ditemui penawarnya pada ketika itu. Walaupun beliau seorang yang alim dalam bidang perubatan, beliau tidak dapat lari daripada menderita sakit. Antara perkataannya yang terkenal
“Alangkah ruginya umat islam pada zaman ini, kerana telah membiarkan ilmu perubatan dipelopori oleh Yahudi dan Nasrani. Aku tidak mengetahui satu ilmu yang lebih baik selepas ilmu halal dan haram melainkan perubatan.”
Akhirnya, beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Mesir pada tahun 204 Hijrah pada malam jumaat dan dikebumikan selepas asar keesokkan harinya.
Nasihat Imam Syafi'i Sebagai Inspirasi Kehidupan
1. "Bila kau tak mau merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan." (Imam Syafi'i)
2. "Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu." (Imam Syafi'i)
3. "Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia." (Imam Syafi'i)
4. "Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran." (Imam Syafi'i)
5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat " (Imam Syafi'i)
6. "Siapa yang menasehatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasehatimu. Siapa yang menasehatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu." (Imam Syafi'i)
7. "Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun." (Imam Syafi'i)
8. "Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu." (Imam Syafi'i)
9. "Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak pantas bagi singa meladeni anjing." (Imam Syafi'i)
10. "Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit. 2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti." (Imam Syafi'i)
11. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahwa dia berkecukupan kerana dia tidak pernah meminta." (Imam Syafi'i)
12. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahawa ia merasa redha." (Imam Syafi'i)
13. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahawa ia selalu senang." (Imam Syafi'i)
14. "Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Kerana mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sukar, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah." (Imam Syafi'i).
Semoga bermanfaat
*Sumber:
1. Aku Muslim
2. Group whatsapp
3. Wikipedia
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
0 Comments