Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Nasihat Luqman Al Hakim Tentang Ragam Manusia

Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Kita Semua Tentang Ragam Manusia. Kisah ini adalah kisah yang disiar semula dari satu website. Perkongsian yang boleh dijadikan pengajaran hidup. Kisah Luqman Al Hakim Dengan Ragam Manusia. Kisah yang penuh pengajaran tersebut, amat berguna sebagai rujukan hidup. Kisah Luqman al Hakim dengan anaknya. Memang benar, tidak semua orang gembira dengan apa yang kita kecapi. Ada sesetengahnya suka menuduh dan membuat cerita berdasarkan pandangan kali pertama.

Nasihat Luqman Al Hakim Tentang Ragam Manusia

Pandangan mata tidak semuanya benar! Ingatlah duhai sahabatk.. percaya kepada kata hati, lihat ke dalam diri dan jauhkan prasangka kepada manusia di sekitar anda! 

Kisah luqman al hakim dengan ragam manusia
sumber google

Kisah Luqman Al Hakim Dengan Ragam Manusia


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." 

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman al Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, 

1. "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. 

2. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

3. Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. 

4. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Semoga kita mendapat manfaat dan nasihat berguna daripada kisah di atas. 
Dengarkanlah suara hati daripada suara-suara yang lain yang sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang kita. 

Sebarkan bahagia untuk hidup lebih sempurna.

Nota:
*Himar adalah keldai

Post a Comment

0 Comments

close