Tips Membaca Al Quran Agar Terasa Aliran Rohnya Dalam Diri. Bacalah al Quran walau sekadar sepotong ayat. Tak pandai tak apa, kita boleh merangkak membacanya satu persatu. Usah malu belajar dan mempelajari al Quran walau pun nyawa sudah di tenggorokan. Al Quran lah yang akan menemani di alam kubur, menerangi gelapnya alam di bawah sana. Masya Allah.
Masa kecik-kecik dulu selalu buat lepas ngaji mesti cium Al Qur'an, letak kat dada pastu letak atas kepala.. Baru skg tahu kenapa. .Tak kisahlah sebelum ke selepas ngaji . Jom kita amalkan sekarang.
TIPS MEMBACA AL-QUR'AN
📗Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik-bisik dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.
📗Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.
Berikut ini Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:-
📗Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...
1. JUNJUNG
(Letak atas kepala),
Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.
2. CIUM
Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini.
3. PELUK
(Letak di dada dengan erat),
Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.
Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita.
Amalkan tips ini insya Allah, al Quran akan memberikan kesaksiannya kepada kita pada saat segala tubuh badan kita tak dapat berbuat apa-apa.
Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa. Insya Allah.
0 Comments