Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Minum Air Barli Untuk Khasiat Kesihatan

Minum Air Barli Untuk Khasiat Kesihatan. Barli memang banyak khasiatnya, dan yang paling biasa orang gunakan ia untuk turunkan darah tinggi sewaktu mengandung. Kebanyakan wanita yang pernah mengandung ada amalkan minum air barli atau makan barli untuk merawat bengkak kaki ketika hamil. Kami kongsikan akan kebaikan dan manfaat barli untuk alternatif menjaga kesihatan.

Sedikit info berkaitan barli. BARLI atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara BaratBarli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Minum Air Barli Untuk Khasiat Kesihatan

Cara Mudah Masak Barli

Cara masak barli ni pun mudah. Cuba ikuti panduan di bawah:

1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut. 

2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.

3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan. 

4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah. 

5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap, maksudnya manis dengan gula. Buat resepi original tanpa manisan tambahan, okay!

Khasiat Barli Untuk Kesihatan 

1. Untuk ibu mengandung, setiap kali kena kencing kotor, digalakkan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing. 

2. Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. 

3. Dan kalau demam pula, anda boleh minum air barli yang diperah sedikit lemon. Sekejap saja kebahnya. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga. 

4. Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits. 

Minum Air Barli Untuk Khasiat Kesihatan

5. Mencampurkan sedikit biji barli dalam nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul. 

Tahukah anda? Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Oleh yang demikian itulah sebabnya barli amat diperlukan dalam menu makanan sihat anda setiap hari. Cuma kerana rasanya yang kurang menarik perhatian menjadikannya seperti tidak diendahkan oleh kebanyakan masyarakat kita. 

Post a Comment

0 Comments

close