Cara Niat Qada Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal. Subhanallah. Maha baiknya Allah, apa saja bentuk penyesalan dan taubat kita yang lalu pasti akan diterima walau dosa kita itu sebanyak buih-buih di lautan. Jadi, jika kita pernah tertinggal solat fardhu pada zaman jahiliyyah dulu, maka qada' lah cepat-cepat selagi nyawa masih di badan.
Qada’ menurut istilah bererti mengerjakan solat pada luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat samaada secara sengaja ataupun tidak sengaja, wajib mengqada’ atau menggantikan semula solat itu.Cara Niat Qada Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal
Menurut Ulama mazhab Syafi’e, sesiapa yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu berapa lama tertinggal atau berapa jumlahnya, makanya, hendaklah mengqada'kan solat-solat tersebut seusai solat fardhu setiap hari sehingga diyakini semuanya telah diganti. Boleh qada' sekali atau sedaya mampu. Semoga ALLAH mengampuni dan menerima solat kita.
Di bawah ini dikongsikan niat qada solat fardhu untuk lima waktu.
1. Niat Qada Solat Zuhur
2. Niat Qada Solat Asar
3. Niat Qada Solat Maghrib
4. Niat Qada Solat Isyak
5. Niat Qada Solat Subuh
Mengganti solat fardhu yamg tertinggal adalah wajib mengikut keupayaan pada satu-satu masa. Kita tidak boleh sambil lewa dan sengaja meninggalkan solat fardhu kerana ia adalah satu perintah Allah.
Bila Waktu Sesuai Qada Solat?
Lakukan suruhan Allah sebaik mungkin kerana kita tidak tahu mana satu amalan kita yang terakhir di atas muka bumi ini.
0 Comments